Mengenai Kami
Aqiqahexpert.com adalah sebuah syarikat bumiputera yang berusaha untuk menjadi diantara nama besar dalam industri pembekalan ternakan ruminan berkualiti tinggi dengan fokus utamanya adalah kambing dan bebiri. Ditubuhkan pada Januari 2022 dan beroperasi di Seri Menanti Kuala Pilah, Negeri Sembilan, fokus utama syarikat ini adalah pada aktiviti penternakan dan perdagangan(trading) kambing/bebiri serta pembiak bakaan bebiri kacukan yang superior.
Pada Januari 2023, syarikat ini telah mengembangkan operasinya dengan mengimport ternakan dari luar negara contohnya Thailand, Australia dan Myanmar untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan disamping menyediakan ternakan yang berkualiti serta baka ternakan yang unggul.
Diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan No. Premis N91944 dan berdaftar di bawah Pertubuhan Peladang Kuala Pilah No. Id 4955, kami komited dengan tiga prinsip utama dalam operasinya iaitu kebersihan, kepuasan pelanggan dan kualiti. Melalui usaha gigih dan dedikasi, kami beraspirasi untuk menjadi peneraju dalam industri ternakan ruminan di Malaysia.
Objektif
Menjadi antara peneraju utama dalam menyediakan kambing dan bebiri yang berkualiti bagi tujuan keramaian terutamanya ibadah aqiqah dan korban untuk pasaran di dalam Malaysia.
Menjadi antara nama besar dalam membekalkan kambing dan bebiri yang di import kepada penternak disekitar Negeri Sembilan, sekaligus memajukan lagi industri penternakan kambing dan bebiri disekitar Negeri Sembilan.
Membiakkan bebiri kacukan dan menyediakan pembaka dan induk berkualiti untuk penternak yang lebih memfokuskan bidang pembiakan di sekitar Negeri Sembilan.
Membentuk jalinan kerjasama yang erat di antara Aqiqah Expert dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam menyediakan ternakan yang sihat dan berkualiti.
RAKAN STRATEGIK