Aqiqah

Aqiqah Istimewa untuk Anugerah Terindah

Kehadiran si kecil adalah anugerah terindah. Raikan kesyukuran ini dengan ibadah Aqiqah yang sempurna! Kami sedia membantu anda menyempurnakan ibadah Aqiqah anda dengan mudah dan lancar.

Laksanakan Aqiqah untuk tersayang!

Daging aqiqah segar dihantar terus kepada anda

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

“Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya"

Riwayat al-Bukhari (2839)

Aqiqah Istimewa untuk Anugerah Terindah

Kehadiran si kecil adalah anugerah terindah. Raikan kesyukuran ini dengan ibadah Aqiqah yang sempurna! Kami sedia membantu anda menyempurnakan ibadah Aqiqah anda dengan mudah dan lancar.

Laksanakan Aqiqah untuk tersayang!

Daging aqiqah segar dihantar terus kepada anda

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

“Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya"

Riwayat al-Bukhari (2839)

Aqiqah Dirai, Kenangan Diabadi

Dari ibadah ke ingatan, Sijil Aqiqah Eksklusif, direka khas PERCUMA untuk anda.

IMG_5524 copy
PENGENALAN
Perkhidmatan Aqiqah yang ditawarkan oleh syarikat kami merupakan satu solusi menyeluruh bagi memenuhi keperluan umat Islam dalam melaksanakan ibadah Aqiqah mengikut tuntutan syariah. Ia meliputi penyediaan ternakan yang memenuhi syarat sah sembelihan, pelaksanaan sembelihan oleh penyembelih bertauliah, serta pemprosesan dan penghantaran daging secara sistematik dan bersih. Di samping itu, pelanggan turut menerima dokumentasi lengkap seperti sijil pengesahan Aqiqah serta bukti bergambar dan video. Semua perkhidmatan disediakan dengan tahap profesionalisme yang tinggi demi menjamin kelancaran, ketelusan, dan keberkatan ibadah yang dilaksanakan.
1. Tempah

Melengkapkan borang tempahan dan menyempurnakan akad. Membuat pemilihan ternakan aqiqah secara terus diladang atau secara online.

2. Pelaksanaan

Sembelihan dan pemprosesan daging mengikut tarikh pilihan anda. Bukti sembelihan akan dihantar sejurus selesai sembelihan.

3. Penghantaran

PENGHANTARAN PERCUMA! Daging sembelihan yang telah siap diproses akan kami hantar terus kepada anda tanpa sebarang cas!

Mengapa kami menjadi pilihan NO.1! pelanggan

TEMPAHAN ATAS TALIAN

Jimatkan masa dengan membuat tempahan secara dalam talian. Semua urusan kami uruskan, dari tempahan hingga penghantaran daging sembelihan terus ke depan pintu rumah anda.

100% TERNAKAN SENDIRI

Sumber yang dipercayai! Kesemua ternakan aqiqah di ladang kami sentiasa dipantau dengan teliti dan dijaga sebaiknya bagi memastikan kesihatan dan kebajikannya sentiasa berada pada tahap terbaik!

PENGHANTARAN PERCUMA

Tiada kos tambahan! Penghantaran daging siap proses adalah percuma untuk seluruh kawasan yang diliputi.

DIPERCAYAI DAN BERPENGALAMAN

Dengan pengalaman lebih 8 tahun menternak dan menguruskan ibadah Aqiqah, beratus pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan.

TERNAKAN AQIQAH BOLEH DIPILIH

Pilih yang menarik di hati! Kambing atau biri-biri boleh dipilih secara online atau secara terus di ladang. Gambar dan video akan disertakan untuk membantu anda membuat pilihan melalui atas talian.

BUKTI SEMBELIHAN

Setiap sembelihan Aqiqah akan disertakan dengan gambar dan video sebagai bukti. Bukti sembelihan akan dihantar melalui whatsapp.

SIJIL AQIQAH EKSKLUSIF

Setiap pelanggan akan diberikan sijil yang dicetak beserta frame sebagai tanda cenderahati dan kenangan.

PENYEMBELIH BERTAULIAH

Semua penyembelih kami memiliki tauliah sembelihan yang diiktiraf oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Penyembelih bertauliah yang diiktiraf oleh :

Kami komited untuk memastikan setiap ternakan disembelih mengikut hukum syarak pada setiap masa, sambil memastikan ternakan berada dalam keadaan sihat, masih dalam keadaan hayyat mustaqirrah, dan daging sembelihan dikendalikan dengan cara yang bersih.

Ternakan kami :

Ternakan yang sihat Cukup syarat sah Sempurna sifat Kebajikan dijaga rapi

Dari Abu Hurairah r.a,

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Janganlah kamu menyembelih untuk aqiqah haiwan yang buta, sakit, cacat, atau yang kurus."

(Hadis riwayat Abu Dawood)

PENGHANTARAN PERCUMA!

Selangor . Putrajaya . Kuala Lumpur . Negeri Sembilan . Melaka

Penghantaran daging percuma terus ke rumah anda di kawasan Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka. Kami pastikan daging yang dihantar kekal segar dan bersih, terus dari ladang ke pelanggan.

TESTIMONI PELANGGAN

JANGAN TANGGUH IBADAH AQIQAH ANAK ANDA. TUNAIKAN SUNNAH DENGAN FLEKSIBILITI MAKSIMUM!

Pilihan bayaran secara penuh, atau bayaran secara ansuran tanpa tempoh masa, tanpa jumlah tetap & tanpa sebarang cas, khas untuk anda!
Anda bebas menentukan ansuran mengikut keselesaan anda.

Permintaan tinggi setiap minggu! Rebut slot sembelihan Aqiqah sebelum penuh.

TEMPAH SEKARANG!

SENARAI PAKEJ

SIAP PROSES

Pakej A

25kg - 26kg
RM 880
00
  • 9kg - 10kg (Berat bersih)
  • Sembelih & Proses
  • Sijil Pengesahan Aqiqah
Popular

Pakej B

27kg - 29kg
RM 990
00
  • 10kg - 12kg (Berat bersih)
  • Sembelih & Proses
  • Sijil Pengesahan Aqiqah
Popular

Pakej C

30kg - 31kg
RM 1050
00
  • 12kg - 14kg (Berat bersih)
  • Sembelih & Proses
  • Sijil Pengesahan Aqiqah
Popular

Pakej D

32kg - 33kg
RM 1090
00
  • 13kg - 14kg (Berat bersih)
  • Sembelih & Proses
  • Sijil Pengesahan Aqiqah
Popular

Pakej E

34kg - 35kg
RM 1150
00
  • 14kg - 16kg (Berat bersih)
  • Sembelih & Proses
  • Sijil Pengesahan Aqiqah
Popular

Pakej F

36kg - 38kg
RM 1250
00
  • 16kg - 18kg (Berat bersih)
  • Sembelih & Proses
  • Sijil Pengesahan Aqiqah

Pakej G

39kg - 40kg
RM 1350
00
  • 18kg - 20kg (Berat bersih)
  • Sembelih & Proses
  • Sijil Pengesahan Aqiqah
Popular

* Berat bersih merujuk kepada anggaran berat minimum daging sembelih yang ditawarkan.

*Khidmat pemprosesan adalah termasuk kepala dicuci dan dibakar, perut dibersihkan.

* Penghantaran daging sembelihan adalah PERCUMA mengikut kawasan yang diliputi.

SIAP MASAK

Pakej A

25kg - 26kg
RM 1300
00
  • 9kg - 10kg (Berat bersih)
  • Sembelih & Proses
  • Sijil Pengesahan Aqiqah
Popular

Pakej B

27kg - 29kg
RM 1400
00
  • 10kg - 12kg (Berat bersih)
  • Sembelih & Proses
  • Sijil Pengesahan Aqiqah

Pakej C

30kg - 33kg
RM 1500
00
  • 12kg - 14kg (Berat bersih)
  • Sembelih & Proses
  • Sijil Pengesahan Aqiqah
Popular

Pakej D

34kg - 40kg
RM 1600
00
  • 13kg - 20kg (Berat bersih)
  • Sembelih & Proses
  • Sijil Pengesahan Aqiqah

* Jenis masakan adalah masak kari atau kurma.

* Harga adalah untuk seekor kambing. Harga termasuk sembelih, proses dan masak.

* Harga tidak termasuk nasi atau menu lain.

KAMBING GOLEK

Pakej A

35kg - 38kg
RM 1800
00
  • 15kg - 17kg (Berat bersih)
  • Black Pepper Sauce
  • Garlic Bread
  • Mushroom Soup
  • Mashed Potato
  • 1-2 Pramusaji
  • Sijil Pengesahan Aqiqah
Popular

Pakej B

39kg - 40kg
RM 1900
00
  • 18kg - 20kg (Berat bersih)
  • Black Pepper Sauce
  • Garlic Bread
  • Mushroom Soup
  • Mashed Potato
  • 1-2 Pramusaji
  • Sijil Pengesahan Aqiqah

Pakej C

41kg - 43kg
RM 2000
00
  • 21kg - 22kg (Berat bersih)
  • Black Pepper Sauce
  • Garlic Bread
  • Mushroom Soup
  • Mashed Potato
  • 1-2 Pramusaji
  • Sijil Pengesahan Aqiqah
Popular

* Jenis masakan adalah masak kari atau kurma.

* Harga adalah untuk seekor kambing. Harga termasuk sembelih, proses dan masak.

* Harga tidak termasuk nasi atau menu lain.

Bagaimana cara untuk membuat tempahan?

Anda boleh membuat tempahan dengan mudah secara dalam talian melalui laman web kami. Hanya pilih pakej Aqiqah yang dikehendaki, lengkapkan maklumat, dan lakukan pembayaran booking. Kami akan uruskan selebihnya untuk anda!

Kami memerlukan maklumat berikut untuk melengkapkan tempahan anda: Nama anak : Nama bapa : Tarikh pelaksanaan Aqiqah (jika ada pilihan tarikh) Alamat penghantaran :

Ya, kami menyediakan sijil aqiqah eksklusif untuk setiap pelaksanaan aqiqah bersama kami.

Kami menerima tempahan selewat-lewatnya 2(dua) hari sebelum tarikh pelaksanaan aqiqah.

Terpulang kepada anda. Anda boleh membuat tempahan secara terus di ladang atau secara online sahaja!

Ya, anda boleh memilih ternakan pilihan anda. Kami akan bantu memastikan anda mendapat ternakan yang sihat dan berkualiti.

Kami memerlukan deposit sekurang-kurangnya RM50.00 untuk seekor kambing untuk pengesahan tempahan. Baki bayaran boleh dilunaskan sehari sebelum tarikh sembelihan. Maklumat lanjut tentang cara pembayaran akan diberikan selepas tempahan dibuat.

Tarikh pelaksanaan aqiqah adalah mengikut tarikh pilihan pelanggan. Kami menerima tempahan 24jam sehari, 7 hari seminggu!

Aqiqah akan dilaksanakan 100% di dalam Malaysia kerana iaitu di ladang kami sendiri.

Kehadiran anda semasa sembelihan adalah tidak diwajibkan. Namun, sekiranya anda ingin hadir untuk menyaksikan sendiri proses sembelihan amat dialu-alukan. Kami akan menguruskan segala proses sembelihan mengikut syarak dan memastikan segala dokumentasi serta bukti bergambar atau video (jika diperlukan) disediakan untuk anda yang tidak hadir.

Kami sentiasa memastikan kesihatan ternakan berada dalam keadaan sangat baik setiap hari. Walaubagaimanapun, jika ada perkara yang tidak diingini pada kambing pilihan anda kami akan tukar secara terus dengan yang baru!

Kami sangat menjaga kualiti ternakan kami. Oleh itu, kami menggunakan kambing jenis Boer dan biri-biri jenis dorper. Kedua-dua jenis ini adalah kambing yang paling berkualiti dan diternak memang untuk tujuan daging. Jadi peratus daging yang anda akan dapat adalah lebih banyak berbanding kambing/biri-biri jenis lain.​

Ya, kami menyediakan perkhidmatan penghantaran ke lokasi anda.

Tiada! kami menawarkan penghantaran secara percuma ke Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Masa penghantaran adalah bergantung kepada tarikh dan masa yang anda tetapkan.

Ya, kami menyediakan khidmat agihan ke madrasah, rumah anak yatim dan lain-lain mengikut pilihan pelanggan.

Tiada cas dikenakan untuk khidmat agihan.

Bukti agihan ke tempat pilihan akan disertakan melalui gambar dan video.

Perlukan Respon Segera?

Hubungi kami melalui Whatsapp sekarang dan kami akan berikan maklum balas kurang dari 10 minit!

Whatsapp

Copyright 2024 aqiqahexpert.com, All Rights Reserved