بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Tempahan Kambing Korban
2026 / 1447H
KINI DIBUKA!
Daging korban dihantar terus kepada anda atau diagihkan tanpa sebarang cas!
Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.
Riwayat al-Hakim
Sembelihan & Penghantaran Terus kepada Pelanggan
Nikmati kemudahan penuh apabila ibadah sembelihan dilaksanakan secara profesional, dan daging segar korban dihantar terus ke kediaman anda tanpa sebarang cas penghantaran. Sesuai untuk pelanggan yang ingin menguruskan sendiri pengagihan atau menikmati daging korban bersama keluarga.
TEMPAHAN ATAS TALIAN
Jimatkan masa dengan membuat tempahan secara dalam talian. Semua urusan kami uruskan, dari tempahan hingga penghantaran daging sembelihan terus ke depan pintu rumah anda.
KORBAN ANDA, PILIHAN ANDA
Anda boleh memilih untuk hadir ke lokasi sembelihan bagi menyaksikan korban ternakan anda, ATAU kami akan sertakan bukti sembelihan dalam bentuk gambar dan video.
PENGHANTARAN PERCUMA
Nikmati kemudahan maksimum! Daging korban anda yang telah siap diproses akan dihantar terus ke pintu rumah anda tanpa sebarang cas tambahan.
SIJIL PENYERTAAN KORBAN
Setiap pelanggan akan diberikan sijil yang dicetak beserta frame sebagai tanda cenderahati dan kenangan.
Sembelihan & Agihan Daging kepada Asnaf Terpilih
Setiap sembelihan dilaksanakan dengan penuh amanah, dan daging korban diagihkan secara teratur kepada golongan asnaf serta penerima yang layak. Pilihan ini memberikan ketenangan kerana anda bukan sahaja menunaikan ibadah, malah turut menyebarkan keberkatan kepada mereka yang memerlukan.
SASARAN AGIHAN YANG TEPAT
Daging korban dijamin diagihkan kepada golongan yang paling berhak iaitu Asnaf Fakir dan Miskin, serta rumah anak yatim atau pusat kebajikan yang memerlukan.
PEMILIHAN PENERIMA YANG TELITI
Kami memastikan agihan daging korban tepat sasaran kepada golongan yang memerlukan. Senarai penerima diperoleh melalui rujukan dan pengesahan bersama Pejabat Agama, Jawatankuasa Masjid & Surau, Jawatankuasa Kampung (termasuk Ketua Kampung/Tok Penghulu), JKM, dan NGO tempatan.
PENGAGIHAN YANG BERSIH DAN SEGERA
Agihan dilakukan sejurus selepas pemprosesan bagi menjamin kesegaran daging yang diterima oleh asnaf.
BUKTI SEMBELIHAN DAN AGIHAN
Setiap peserta akan menerima bukti bergambar atau video untuk proses sembelihan dan agihan.
PENGENALAN
Kami menyediakan perkhidmatan korban yang lengkap dan profesional – dari sembelihan yang patuh syariat hinggalah penghantaran terus ke rumah pelanggan atau agihan kepada asnaf terpilih. Setiap ibadah korban menggunakan 100% kambing jantan terpilih, disertakan bukti sembelihan dan agihan dalam bentuk foto & video sebagai jaminan ketelusan. Selain itu, anda turut menikmati kemudahan penghantaran percuma, memastikan ibadah korban anda dilaksanakan dengan penuh keberkatan, keyakinan, dan kesempurnaan.
TEMPAH DENGAN 3 LANGKAH MUDAH
1. Tempah
Melengkapkan borang tempahan dan menyempurnakan akad. Membuat pemilihan ternakan korban secara terus diladang atau secara online.
2. Pelaksanaan
Sembelihan dilaksanakan diikuti dengan pemprosesan daging mengikut tarikh pilihan anda. Bukti sembelihan akan dihantar sejurus selesai sembelihan.
3. Penghantaran
PENGHANTARAN PERCUMA! Daging sembelihan yang telah siap diproses akan kami hantar terus kepada anda atau diagihkan tanpa sebarang cas!
Mengapa kami menjadi pilihan NO.1! pelanggan
TEMPAHAN DAN AKAD WAKALAH ATAS TALIAN
Jimatkan masa dengan membuat tempahan secara dalam talian bermula dari memilih ternakan, menyempurnakan akad wakalah sehingga selesai ibadah korban.
PEMILIHAN TERNAKAN BERKUALITI
Sumber yang dipercayai! Kesemua ternakan di ladang kami sentiasa dipantau dengan teliti dan dijaga sebaiknya bagi memastikan kesihatan dan kebajikannya sentiasa berada pada tahap terbaik!
PENGHANTARAN PERCUMA
Kami uruskan segalanya! Daging korban anda yang telah siap diproses dan dibungkus akan dihantar percuma ke lokasi anda.
DIPERCAYAI DAN BERPENGALAMAN
Dengan pengalaman lebih 8 tahun menternak dan menguruskan ibadah Aqiqah, beratus pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan.
TERNAKAN KORBAN BOLEH DIPILIH
Anda bebas memilih Kambing atau Biri-biri sama ada secara mudah di atas talian atau datang sendiri ke ladang kami. Untuk pilihan online, kami sediakan gambar dan video jelas haiwan untuk membantu anda membuat keputusan terbaik.
BUKTI SEMBELIHAN & AGIHAN
Kami komited terhadap amanah anda. Gambar dan video proses sembelihan dan agihan akan dihantar terus kepada setiap peserta. Ini adalah bukti visual yang telus bahawa ibadah korban anda telah dilaksanakan dengan sempurna.
SIJIL AQIQAH EKSKLUSIF
Setiap tempahan korban disertakan dengan sijil pelaksanaan yang eksklusif sebagai cenderahati istimewa dari kami.
PENYEMBELIH BERTAULIAH
Semua penyembelih kami memiliki tauliah sembelihan yang diiktiraf oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).
Ternakan kami :
Ternakan yang sihat ✅ Cukup syarat sah ✅ Sempurna sifat ✅ Kebajikan dijaga rapi ✅
Dari Abu Hurairah r.a,
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Janganlah kamu menyembelih untuk aqiqah haiwan yang buta, sakit, cacat, atau yang kurus."
(Hadis riwayat Abu Dawood)
Pengagihan kepada golongan asnaf
Penghantaran Kambing Hidup Terus ke Lokasi
TESTIMONI PELANGGAN
EXCELLENT Based on 34 reviews Posted on Shukry AimanTrustindex verifies that the original source of the review is Google. servis cepat dan amatmemumaskan dan senang berurusan KAMBING HANDSOMEPosted on Nor Adilah IdrisTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Sangat berpuas hati dengan servis tuan Haziq dari awal pertanyaan hanya melalui wasap yang sangat memudahkan urusan,dan saya tertarik kerana pihak De Ladang boleh ikut apa kehendak pelanggan dari masa kita untuk melakukan korban,cara bungkusan yang kita nak,(bungkus dalam bekas lagi)ikut perkilo jadi memudahkan untuk kita terus masak dan agihkan,boleh bantu agihkan baki daging korban,ada penghantaran percuma,saya hanya datang tengok korban dilakukan di tempat yang bersih,sistematik dan selesa serta cepat dan cekap dan dagingnya bersih kurang darah..Alhamdulillah sangat recommended..semoga perniagaan tuan makin maju..Posted on Inaam AbdounTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Excellent service! Clean, professional, and humane slaughter. Highly recommend for anyone needing reliable sheep processing.Posted on Norassolah MokhtadinTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Alhamdulillah, pengalaman korban yang sangat memuaskan! Urusan mudah, maklumat jelas, daging sampai cepat dan bersih. Terima kasih kerana memudahkan ibadah kami.Posted on Joanna June OhTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Alhamdullilah, very professional and efficient. Kari kambing lembut dan tak bau langsung masyaAllah. Highly recommended.Posted on Muhamad NazreenTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Posted on Nurul ain AfiqahTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Masakan kari kambing yang sangat2 sedap...daging yg lembut...cukup rempah..cukup enak semuanye..sangat berpuas hati..Posted on Akmal SulaimanTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Seller very responsive. Bawa ke kandang untuk kita pilih sendiri kambing, tiada isu kambing gemuk atau kurus sbb boleh pilih sendiri, request minta bersihkan dan potong untuk masak terus, semuanya dah siap n hantar, tinggal nak masuk dalam kawah and gulai je. Recommended. 💪🏽💪🏽💪🏽Posted on Muhammad FaizalTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Posted on Zaty AzizTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Service tiptop, murah sangat lengkap siap semua proses sekali cuci. Thankyou so much! Request mcm2 pun still boleh buatkan, mantap!
JANGAN LEPASKAN PELUANG IBADAH KORBAN TAHUN INI DENGAN FLEKSIBILITI MAKSIMUM!
Pilihan bayaran secara penuh, atau bayaran secara ansuran tanpa tempoh masa, tanpa jumlah tetap dan tanpa sebarang cas, khas untuk anda!
Diskaun sehingga RM100 menanti anda! Daftar korban 2026 sekarang dan nikmati tawaran istimewa ini! Slot adalah terhad.
TEMPAH SEKARANG!
SENARAI PAKEJ
Pakej A
27kg - 29kg-
10kg - 12kg (Berat bersih)
-
Sembelih & Proses
-
Sijil Pengesahan Korban
Pakej B
30kg - 31kg-
12kg - 14kg (Berat bersih)
-
Sembelih & Proses
-
Sijil Pengesahan Korban
Pakej C
32kg - 33kg-
13kg - 14kg (Berat bersih)
-
Sembelih & Proses
-
Sijil Pengesahan Korban
Pakej D
34kg - 35kg-
14kg - 16kg (Berat bersih)
-
Sembelih & Proses
-
Sijil Pengesahan Korban
Pakej E
36kg - 38kg-
16kg - 18kg (Berat bersih)
-
Sembelih & Proses
-
Sijil Pengesahan Korban
Pakej F
39kg - 40kg-
18kg - 20kg (Berat bersih)
-
Sembelih & Proses
-
Sijil Pengesahan Korban
* Berat bersih merujuk kepada anggaran berat minimum daging sembelih yang ditawarkan.
* Penghantaran daging sembelihan atau kambing hidup adalah PERCUMA mengikut kawasan yang diliputi.
- FAQ
Tempahan
Bagaimana cara untuk membuat tempahan?
Anda boleh membuat tempahan dengan mudah secara dalam talian melalui laman web kami. Hanya pilih pakej korban yang dikehendaki, lengkapkan maklumat, dan lakukan pembayaran booking. Kami akan uruskan selebihnya untuk anda!
Apakah maklumat yang diperlukan untuk tempahan?
Kami memerlukan maklumat peserta korban Tarikh pelaksanaan (jika ada pilihan tarikh) Alamat penghantaran :
Adakah sijil penyertaan juga diberikan sekali?
Ya, kami menyediakan sijil penyertaan korban eksklusif untuk setiap pelaksanaan korban bersama kami.
Tempahan boleh dibuat selewat-lewatnya bila?
Kami menerima tempahan selewat-lewatnya 3(tiga) hari sebelum Hari Raya Aidiladha
Adakah perlu hadir ke ladang untuk membuat tempahan?
Terpulang kepada anda. Anda boleh membuat tempahan secara terus di ladang atau secara online sahaja!
Adakah ternakan boleh dipilih?
Ya, anda boleh memilih ternakan korban anda. Kami akan bantu memastikan anda mendapat ternakan yang sihat dan berkualiti.
Pembayaran
Bagaimana dengan pembayaran?
Kami memerlukan deposit sekurang-kurangnya RM50.00 untuk seekor kambing untuk pengesahan tempahan. Baki bayaran boleh dilunaskan sehari sebelum tarikh sembelihan. Maklumat lanjut tentang cara pembayaran akan diberikan selepas tempahan dibuat.
Sembelihan & Proses
Bilakah tarikh sembelihan akan dijalankan?
Tarikh pelaksanaan sembelihan korban adalah bermula selepas selesai Solat Sunat Aidiladha dan Khutbah dan waktu berakhir apabila matahari terbenam pada 13 Zulhijjah.
Dimanakah sembelihan akan dijalankan?
Sembelihan akan dilaksanakan 100% di dalam Malaysia iaitu di ladang kami sendiri.
Adakah saya perlu hadir waktu sembelihan?
Kehadiran anda semasa sembelihan adalah tidak diwajibkan. Namun, sekiranya anda ingin hadir untuk menyaksikan sendiri proses sembelihan amat dialu-alukan. Kami akan menguruskan segala proses sembelihan mengikut syarak dan memastikan segala dokumentasi serta bukti bergambar atau video (jika diperlukan) disediakan untuk anda yang tidak hadir.
Ternakan
Bagaimana jika ternakan yang dipilih tidak sihat?
Kami sentiasa memastikan kesihatan ternakan berada dalam keadaan sangat baik setiap hari. Walaubagaimanapun, jika ada perkara yang tidak diingini pada kambing pilihan anda kami akan tukar secara terus dengan yang baru!
Apakah jenis kambing dan biri-biri yang digunakan?
Kami sangat menjaga kualiti ternakan kami. Oleh itu, kami menggunakan kambing jenis Boer dan biri-biri jenis dorper. Kedua-dua jenis ini adalah kambing yang paling berkualiti dan diternak memang untuk tujuan daging. Jadi peratus daging yang anda akan dapat adalah lebih banyak berbanding kambing/biri-biri jenis lain.
Penghantaran
Adakah anda menyediakan perkhidmatan penghantaran?
Ya, kami menyediakan perkhidmatan penghantaran ke lokasi anda.
Adakah sebarang caj untuk penghantaran?
Tiada! kami menawarkan penghantaran secara percuma ke Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.
Bagaimana dengan masa penghantaran?
Masa penghantaran adalah bergantung kepada tarikh dan masa yang anda tetapkan.
Agihan
Adakah anda menyediakan khidmat agihan?
Ya, kami menyediakan khidmat agihan ke madrasah, rumah anak yatim dan lain-lain mengikut pilihan pelanggan.
Ada sebarang cas untuk khidmat agihan?
Tiada cas dikenakan untuk khidmat agihan.
Bagaimana dengan bukti agihan?
Bukti agihan ke tempat pilihan akan disertakan melalui gambar dan video.
Perlukan Respon Segera?
Hubungi kami melalui Whatsapp sekarang dan kami akan berikan maklum balas kurang dari 10 minit!
Whatsapp